Daftar dan Kemaskini Pangkalan Data Utama Dengan Mudah!

Cover Malaysia Directory

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) Malaysia adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia untuk menyimpan rekod data peribadi individu dan isi rumah yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kekomprehensifan data dalam satu sistem berpusat yang menghubungkan 200 pangkalan data agensi kerajaan dan swasta.

16

Pendaftaran dan Kemaskini Melalui Portal PADU

Pendaftaran dalam sistem PADU adalah penting bagi setiap individu yang tinggal di Malaysia untuk memastikan mereka layak menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada kerajaan. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui portal www.padu.gov.my atau menerusi kaunter di agensi kerajaan.

Cara Daftar PADU Online (Tahun 2024)

  • Lakukan pengesahan identiti dengan imbasan kod QR dan gambar individu.
    1. Layari portal www.padu.gov.my.
    2. Klik pada butang “Daftar Sekarang”.
    3. Isi butiran maklumat pengguna dengan tepat dan lengkap.
    4. Sahkan akaun menggunakan kod One-Time Password (OTP) yang diterima melalui emel dan SMS.
    5. Tetapkan kata laluan yang sah untuk log masuk.
    6. Lakukan pengesahan identiti dengan imbasan kod QR dan gambar individu.

    Leave Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *