Penyata Elektronik Bank Rakyat (eStatement)

Cover Sebuahutas Malaysia

Adakah anda seorang pelanggan Bank Rakyat yang ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan eStatement Bank Rakyat?

Secara amnya, eStatement atau Penyata Kewangan merupakan rekod transaksi kewangan bagi akaun bank anda yang memaparkan pergerakan dana masuk dan keluar dari akaun anda.

Penyata kewangan ini biasanya diperlukan apabila anda ingin membuat pembelian besar seperti rumah, kenderaan, dan lain-lain.

Selain itu, pihak bank atau penjual juga menggunakan penyata kewangan ini untuk menilai keadaan kewangan anda sebelum membenarkan permohonan pinjaman pembelian tersebut.

Cara Peroleh Penyata Kewangan Bank Rakyat

Untuk memperoleh penyata kewangan Bank Rakyat, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan secara percuma, seperti berikut:

  1. Melalui mesin ATM Bank Rakyat
  2. Melalui perkhidmatan dalam talian (online)
  3. Melalui kaunter cawangan Bank Rakyat

BACA JUGA: Cara Daftar Bank Islam Online Banking (BIMB)

Peroleh Melalui Mesin ATM Bank Rakyat

Jika terdapat mesin ATM Bank Rakyat berdekatan dengan lokasi anda, anda boleh memperoleh penyata kewangan dengan mudah melalui perkhidmatan yang disediakan di mesin ATM tersebut. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat anda
  2. Masukkan nombor PIN ATM
  3. Dalam menu utama, pilih “Lain-lain Urusniaga / Others”
  4. Pilih Khidmat Penyata
  5. Pilih Penyata Mini
  6. Pilih Cetak

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penyata kewangan yang dicetak melalui mesin ATM hanya berupa ringkasan.

Sekiranya anda memerlukan penyata kewangan yang lebih terperinci, terdapat cara-cara lain yang boleh anda ikuti seperti yang dinyatakan di bawah.

Penyata Elektronik Bank Rakyat 1

Peroleh Melalui Kaunter Bank Rakyat

Jika anda lebih selesa dengan perkhidmatan di kaunter berbanding perkhidmatan dalam talian Bank Rakyat, anda boleh mengunjungi kaunter cawangan Bank Rakyat berhampiran dengan kediaman anda.
Seperti biasa, pastikan anda membawa dokumen penting seperti kad pengenalan (IC) dan kad ATM untuk pengesahan akaun.

Sila maklumkan kepada pegawai kaunter bahawa anda ingin memperoleh penyata kewangan anda dan mungkin anda akan diberikan nombor giliran.

Setelah nombor giliran anda dipanggil, beritahu pegawai tersebut bahawa anda ingin mendapatkan penyata kewangan anda.

Peroleh Melalui iRakyat

Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dikenali sebagai iRakyat.
Melalui iRakyat, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan dalam talian seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, pencetakan penyata kewangan, dan lain-lain.

Cara untuk mendapatkan eStatement Bank Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Lawati laman web iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/
  2. Log masuk ke akaun iRakyat anda
  3. Dalam menu, pilih e-Statement
  4. Kemudian, pilih Akaun / Kad
  5. Pilih penyata dari bulan tertentu
  6. Klik pada Butang Buka untuk melihat penyata
  7. Anda juga boleh memilih untuk Simpan dan Cetak penyata kewangan tersebut

BACA JUGA: 5 Bank Terbesar di Malaysia

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *