5 Bufet Iftar Paling Sedap di Kuala Lumpur

Cover Bufet Iftar

Adakah anda sedang mencari bufet iftar yang sedap berhampiran dengan anda? Bulan yang diberkati ini adalah masa yang sesuai untuk meneroka pilihan di luar kebiasaan anda. Dari hidangan tradisional Melayu hingga makanan antarabangsa, bufet iftar di Kuala Lumpur menawarkan sesuatu untuk semua orang. Berikut adalah senarai bufet iftar terbaik di Kuala Lumpur untuk tahun 2025.

Senarai Bufet Iftar Terbaik di Kuala Lumpur

Adakah anda ingin berbuka puasa dengan makanan yang enak bersama orang tersayang? Senarai bufet iftar kami menawarkan hidangan yang lazat dan persekitaran yang tenang. Rancang hidangan Ramadan anda dengan restoran terbaik di Kuala Lumpur untuk iftar yang tidak akan dilupakan. Mari kita terokai senarai bufet iftar terbaik yang boleh anda temui di Kuala Lumpur:

1. Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya

Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya Bufet
Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya Bufet

Hayati hidangan yang mewah dan sedap di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya yang bertemakan Destinasi Rasa. Cawangan di Putrajaya ni ada menawarkan lima stesen dapur masakan langsung berbeza dan chef-chef yang dah pernah menang anugerah tau!

Atas permintaan ramai, bufet Destinasi Rasa kembali lagi tahun ni! Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya akan menawarkan hidangan Santapan Raja Sehari. Kalau korang nak feeling-feeling berbuka puasa seperti seoarang raja, pasti Le Merdien menjadi pilihan hati!

Ada macam-macam menu yang mereka hidangkan rendang pucuk ubi, kari kambing bakar, masak lemak belimbing, kuih getas dan banyak lagi, bersama dengan hidangan klasik lain seperti udang masak ros dan sup ekor.

Harga Bufet
RM178/pax

Lokasi
Ground Floor, Le Meridien Putrajaya lebuh IRC 62502, Ioi Resort, Putrajaya, Malaysia

Dihubungi
+60 3-8689 6862

Penilaian
4.1

2. Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Bufet
Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral Bufet

Terletak di tingkat dua Aloft Kuala Lumpur Sentral, Nook menawarkan pengalaman buka puasa yang santai! Restoran ini bukan je dikenali dengan bufet yang hebat tapi dah pernah mendapat banyak pujias atas rekaan futuristiknya juga.

Nook ada tawarkan bufet berbuka puasa bertemakan Santapan Selat Melaka. Mereka ada menawarkan hidangan asam pedas yang sedap tau! Klook dah cuba tau! Memang banyak hidangan yang sedap. Fav Klook, serawa durian dan desserts yang lain! Memang sedap sangat. Nikmati diskaun sehingga 20% bila korang tempah bufet buka puasa Nook di Klook!

Harga Bufet
RM138/pax

Lokasi
5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dihubungi
+60 3-2723 1154

Penilaian
3.9

3. Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel

Lemon Garden Cafe, Shangri La Hotel Bufet
Lemon Garden Cafe, Shangri La Hotel Bufet

Nikmati hidangan masakan oleh cef-cef di Lemon Garden – restoran utama Hotel Shangri-La yang menyajikan selera antarabangsa dan tempatan. Nikmati pemandangan panorama taman di hotel yang indah ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan seperti menu panggang, piza, makanan laut dan sushi!

Lemon Garden menjemput anda untuk berbuka puasa dengan Bufet sajian istim, di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut premium, hidangan antarabangsa dan tempatan. Bawa orang tersayang untuk menikmati hidangan yang enak, termasuk tiram segar, kambing bakar, lemang, pulut, apam balik, aneka pilihan hidangan barbeku dan banyak lagi! Klook paling suka desserts mereka tahun ni! Habis la diet… memang menarik!

Harga Bufet
RM234/pax

Lokasi
Shangri La Hotel, 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dihubungi
+60 3-2786 2378

Penilaian
4.4

4. The Mesh di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur

The Mesh Di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur Bufet
The Mesh di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur Bufet

Terletak di tengah-tengah KL, korang wajib pergi ke The Mesh di Four Points, Sheraton Kuala Lumpur untuk berbuka puasa!

Terokai Nostalgia desa di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang menawarkan korang pengalaman berbuka puasa dengan masakan kampung. Anda akan rasa seperti throwback ke masa lalu dengan lebih dari 60 hidangan asli dan stesen dapur langsung. Anda juga dapat menikmati pelbagai jenis ‘masakan desa’ tradisional seperti Sup Gear Box Raja, Bubur Lambuk, klasik Dulang Kampung, Nasi Apollo, Kambing Golek dan banyak lagi!

Harga Bufet
RM185.30/pax

Lokasi
Fand, Ground Floor, Four Points By Sheraton Kuala Lumpur, City Centre Corner of Jalan Sultan Ismail, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Dihubungi
+60 3-2706 9099

Penilaian
4.1

5. Palms Cafe, Palm Garden Hotel Putrajaya

Palms Cafe, Palm Garden Hotel Putrajaya Bufet
Palms Cafe, Palm Garden Hotel Putrajaya Bufet

Terletak di bandar Putrajaya, Hotel Palm Garden adalah sebuah bangunan kontemporari yang dikelilingi dengan alam semula jadi! Ada beberapa restoran atau tempat makan di sini termasuk Palms Cafe yang elegan. Anda boleh nikmati hidangan bufet bertemakan Kampunglicious.

Ramadan ini, berbuka puasa dengan orang tersayang di sini. Mereka ada tawarkan pelbagai jenis hidangan, lebih dari 50 jenis hidangan seperti Kambing Bakar, Murtabak Jawa, Satay Ayam, Lemang, Char Kuey Teow serta dua jenis kawah setiap hari! Kalau korang nak tahu, Klook ada buat giveaway tau!

Harga Bufet
RM134/pax

Lokasi
Palm Garden Hotel, Ioi Resort, 62502 City, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Dihubungi
+60 3-8943 2233

Penilaian
4.0

Soalan Lazim

Berapakah kos purata untuk bufet iftar di Kuala Lumpur?

Kos untuk bufet iftar di Kuala Lumpur berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain. Purata bufet iftar akan berharga sekitar RM150.

Adakah saya perlu menempah tempat sebelum melawat restoran untuk bufet iftar di Kuala Lumpur?

Sesetengah restoran memerlukan tempahan awal untuk bufet iftar. Restoran yang terletak di hotel khususnya memerlukan tempahan awal kerana bufet mereka biasanya dikhaskan untuk tetamu mereka.

Apakah jenis masakan yang terdapat di bufet iftar di Kuala Lumpur?

Di Kuala Lumpur, bufet iftar menawarkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa seperti Melayu, India, Arab, Barat dan banyak lagi.

Adakah terdapat diskaun khas atau tawaran Ramadan untuk bufet iftar di Kuala Lumpur?

Anda boleh mendapatkan pelbagai diskaun awal dan diskaun kumpulan untuk bufet iftar di Kuala Lumpur. Tempah awal untuk mendapatkan tawaran ini sebelum masa tamat.

Kepelbagaian hidangan yang menyelerakan dan pemandangan indah di Kuala Lumpur akan menjemput anda untuk makan di tempat-tempat ini berulang kali.

Rancang iftar anda yang tidak dapat dilupakan bersama orang tersayang dan pilih bufet iftar di salah satu pilihan terbaik kami. Anda juga boleh menikmati makan di bawah langit berbintang untuk sahur di restoran atas bumbung di Kuala Lumpur.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *