Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) Malaysia adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia untuk menyimpan rekod data peribadi individu dan isi rumah yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia.
Tujuan utama sistem ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kekomprehensifan data dalam satu sistem berpusat yang menghubungkan 200 pangkalan data agensi kerajaan dan swasta.

Pendaftaran dan Kemaskini Melalui Portal PADU
Pendaftaran dalam sistem PADU adalah penting bagi setiap individu yang tinggal di Malaysia untuk memastikan mereka layak menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada kerajaan. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui portal www.padu.gov.my atau menerusi kaunter di agensi kerajaan.
Cara Daftar PADU Online (Tahun 2024)
- Layari portal www.padu.gov.my.
- Klik pada butang “Daftar Sekarang”.
- Isi butiran maklumat pengguna dengan tepat dan lengkap.
- Sahkan akaun menggunakan kod One-Time Password (OTP) yang diterima melalui emel dan SMS.
- Tetapkan kata laluan yang sah untuk log masuk.
- Lakukan pengesahan identiti dengan imbasan kod QR dan gambar individu.
- Terima notifikasi pendaftaran berjaya selepas proses selesai.
Cara Log Masuk ke Akaun PADU
- Layari portal www.padu.gov.my.
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Selepas log masuk berjaya, pengguna akan diarahkan ke halaman utama.
Kemaskini Maklumat Peribadi Melalui PADU
- Pengemaskinian maklumat peribadi adalah penting jika terdapat perubahan dalam butiran seperti alamat, status perkahwinan, atau bilangan isi rumah. Cara untuk mengemaskini maklumat adalah seperti berikut:
- Layari portal www.padu.gov.my dan log masuk ke akaun.
- Klik pada bahagian “Kemaskini”.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
- Pilih maklumat yang ingin dikemaskini.
- Sahkan maklumat yang dikemaskini dan hantar perakuan.
- Maklumat peribadi berjaya dikemaskini setelah proses selesai.

Siapa Perlu Daftar dan Kemaskini di PADU?
Pages: 1 2