Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penyata kewangan yang dicetak melalui mesin ATM hanya berupa ringkasan.
Sekiranya anda memerlukan penyata kewangan yang lebih terperinci, terdapat cara-cara lain yang boleh anda ikuti seperti yang dinyatakan di bawah.

Peroleh Melalui Kaunter Bank Rakyat
Jika anda lebih selesa dengan perkhidmatan di kaunter berbanding perkhidmatan dalam talian Bank Rakyat, anda boleh mengunjungi kaunter cawangan Bank Rakyat berhampiran dengan kediaman anda.
Seperti biasa, pastikan anda membawa dokumen penting seperti kad pengenalan (IC) dan kad ATM untuk pengesahan akaun.
Sila maklumkan kepada pegawai kaunter bahawa anda ingin memperoleh penyata kewangan anda dan mungkin anda akan diberikan nombor giliran.
Setelah nombor giliran anda dipanggil, beritahu pegawai tersebut bahawa anda ingin mendapatkan penyata kewangan anda.
Peroleh Melalui iRakyat
Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dikenali sebagai iRakyat.
Melalui iRakyat, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan dalam talian seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, pencetakan penyata kewangan, dan lain-lain.
Cara untuk mendapatkan eStatement Bank Rakyat adalah seperti berikut:
- Lawati laman web iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/
- Log masuk ke akaun iRakyat anda
- Dalam menu, pilih e-Statement
- Kemudian, pilih Akaun / Kad
- Pilih penyata dari bulan tertentu
- Klik pada Butang Buka untuk melihat penyata
- Anda juga boleh memilih untuk Simpan dan Cetak penyata kewangan tersebut