Program bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dan akan terus ditambah baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas. Kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Bantuan tunai ini dilaksanakan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

Kategori Penerima STR 2025
Berikut adalah kategori penerima bantuan tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan:
- Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
- Pendapatan Isi Rumah: RM2,501 – RM5,000
- Warga Emas Bujang
- Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
Jumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Fasa 1: 22 Januari 2025
- Fasa 2: *akan dikemaskini
- Fasa 3: *akan dikemaskini
- Fasa 4: *akan dikemaskini
Login STR: Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)
Semakan status pembayaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:
Langkah Mudah Semakan Status STR

- Lawati pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Isikan No Kad Pengenalan.
- Tekan butang Log Masuk.
- Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
- Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Pendaftaran MySTR

- Klik MySTR
- Pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR 2025.
- Masukkan Maklumat Keselamatan.
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
- Pendaftaran berjaya.
Info Terkini dan Maklumat Lanjut
Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Cara Semakan Permohonan STR
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Langkah Semakan Status Permohonan STR
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik Semakan Status.
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Lupa Kata Laluan STR
Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:
- Lawati pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik TERLUPA KATA LALUAN.
- Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
- Klik butang SETERUSNYA.
- Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang SETERUSNYA.
- Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
- Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.
Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran
Penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing. Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.
Rayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus
Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2025 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk pada notis pengumuman yang terpapar di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Kaedah Permohonan Rayuan STR 2025
- Secara Dalam Talian.
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Perhatian: Permohonan Rayuan STR 2025 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja. Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.
Penyelenggaraan Portal STR 2025
Adalah dimaklumkan Portal STR 2025 telah selesai bagi proses penyelenggaraan berkala mulai 15 Februari 2025 (mulai jam 05.01 petang) sehingga 19 Februari 2025. Skrin Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian telah kembali pulih dan boleh diakses semula. Sebarang Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat boleh dilakukan secara dalam talian atau dilakukan secara pengemukaan borang kertas ke Pejabat LHDNM berdekatan.
Semakan Status STR 2025
Status kelulusan permohonan STR 2025 boleh disemak mulai 22 Januari 2025. Klik MySTR untuk semakan lanjut. Surat kelulusan boleh dimuat turun dari semasa ke semasa pada menu MySTR → Peti Mel → Surat.
Pembayaran STR Fasa 1
Pembayaran STR 2025 Fasa 1 bagi Penerima Baharu STR 2025 mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat. Penerima bayaran STR 2025 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang berstatus Lulus. Kaedah pembayaran:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan.
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pemakluman Tarikh Tutup Permohonan Fasa 1 STR 2025
Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024. Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025. Kaedah Permohonan:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Log Masuk MySTR
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2025 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2025. Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2025

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Kaedah Permohonan:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah satu lagi inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan rentan dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Dengan pelancaran dan pengurusan yang lebih baik, diharapkan program ini dapat memberikan bantuan yang lebih efektif dan tepat kepada mereka yang memerlukannya. Bagi mereka yang berhak menerima bantuan ini, disarankan untuk mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan untuk memastikan mereka dapat mengakses dan menerima bantuan dengan lancar.
- Top 3 Largest Island in Malaysia
The country of Malaysia contains a collection of major islands that present diverse cultural features and beautiful landscapes together with..
- The 5 Biggest Mosque in Malaysia
Malaysia contains remarkable mosques that unite traditional Islamic architecture elements with contemporary designs. These mosques function as religious establishments while..
- The Biggest ÆON in Malaysia
ÆON provides shoppers with an exceptional retail experience according to most people who hear about it. The largest ÆON establishment..
- 7 Salon Muslimah Pilihan di Seremban
Seremban, Negeri Sembilan Malaysia merupakan wilayah yang ideal untuk bisnis kecantikan. Selain terdapat pusat-pusat kecantikan, di Seremban juga tersedia layanan..